Ustaz Nafis Rahman
Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW Bersabda Yang Bermaksud: “Rebutlah Lima Perkara Sebelum Datangnya Lima Perkara. Masa Sihat Sebelum Sakit. Masa Kaya Sebelum Datangnya Masa Sempit (Miskin). Masa Lapang Sebelum Tiba Masa Sibuk. Masa Mudamu Sebelum Datang Masa Tua Dan Masa Hidup Sebelum Tiba Masa Mati.” (Riwayat Al-Hakim Dan Al-Baihaqi).
Tuan Guru Haji Ismail Kamus
Kesibukan Diri Dalam Urusan Dunia Menyebabkan Ramai Dalam Kalangan Kita Lupa Akan Kehidupan Di Akhirat. Tidak Ada Satu Pun Di Atas Muka Bumi Ini Yang Kekal Abadi. Ini Kerana Setiap Yang Hidup Pasti Akan Merasai Kematian. Sejauh Mana Pun Kita Melarikan Diri Daripada Kematian, Ia Tetap Akan Mengekori Kita.
Ustazah Asma Harun
Setiap Orang Muslim Pasti Menginginkan Kematian Dalam Keadaan Yang Baik, Iaitu Keadaan Yang Khusnul Khotimah. Keadaan Mati Dalam Keadaan Su’ul Khotimah Adalah Keadaan Mati Yang Tidak Diinginkan Oleh Setiap Orang Muslim. Kita Harus Berikhtiar Dengan Menjaga Dan Meningkatkan Keimanan Dan Ketaqwaan Kita Terhadap Allah SWT Serta Diiringi Dengan Keikhlasan Agar Dapat Meninggal Dalam Keadaan Khusnul Khotimah.
Ustazah Asma Harun
Ada Kesan Yang Berbeza Dalam Hidup Seorang Yang Takut Mati Dan Dengan Seorang Yang Ingat Mati. Orang Yang Takut Mati Biasanya Akan Hilang Semangat. Keceriaan Hilang Daripada Wajahnya Dan Luntur Semangat Serta Keberaniannya. Namun, Orang Yang Ingat Mati Akan Bersemangat. Bagaimana Yang Dikatakan Mati Boleh Memberikan Kita Semangat? Mereka Yang Ingat Mati Sentiasa Menghayati Ucapan ‘Istirja’’ – ”Innalillahiwainna Ilahiroji'un” Yang Bermaksud, “Kami Milik Allah Dan Kepada Allah Kami Akan Dikembalikan.”




